Thursday 26 July 2012

Chooya Anak Muda Khidmatnya Untuk Membangunkan Masyarakat


Namanya Zakaria. Tapi ditulis oleh pemerintah sebagai Sakariya Lohyapha. Tapi dia lebih dikenali dengan nama Chooya. Beliau seorang peniaga. Telah berkahwin dengan seorang siswi yang menuntut di universiti jiran tetangga,Indonesia.

Pagi sampai Chooya akan mengenalikan perniagaannya.Di sebelah petangnya dia meluangkan masa untuk kerja-kerja kebajikan.


Sebagai Presiden HAP, sebuah NGO yang pemantau hak-hak asasi manusia dan keadilan dalam masyarakat di Selatan Thailand. Di pejabatnya lengkap dengan internet,telefon dan komputer. Buku-buku tentang hak asasi disusun dengan rapi. Sayangnya kebanyakan buku-buku itu ditulis dalam bahasa Thai.


Pejabat 2 tingkat itu disewa dengan harga RM500.00 sebulan.Beliau mempunyai dua orang sukarelawan untuk membantu kerja-kerja.

Beliau lebih mahir bercakap dialek Kelantan/Patani. Jadi agak sukar sedikit bagi mereka yang tidak memahami dialek Kelantan/Patani.

Agak menarik bila saya masuk ke pejabatnya.Siap dengan carta organisasi dan rancangan tahunannya.Semuanya dipameran dipejabat.

Menurut Chooya, setiap bulan pasti ada program ziarah. Ziarah keluarga yang ditimpa musibah akibat konflik di Selatan Thai yang tidak kunjung padam.Memberi bantuan kepada anak yatim. Tidak ketinggalan juga sering dia mendengar rintihan orang yang kena tahan. Beliau akan membantu dengan kadar kemampuan yang terbatas.

Oleh Shakir Taha

1 comment: