Thursday 26 July 2012

Cabutan Bertuah- T&T Gold And Silver Sdn. Bhd

Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu. Begitulah keadaan Encik Salim Ismail seorang peniaga yang kini menetap di Kuala Lumpur telah berjaya dapat sekeping perak seberat 5 grm dalam cabutan bertuah di 'Majlis Ramah Mesra' bersama T&T Gold And Silver Sdn.Bhd.

Beliau agak terlambat sedikit ke majlis tersebut kerana terpaksa pergi ke IJN dahulu dan beberapa kali tersilap jalan untuk ke Kota Damansara.

Waktu kami sampai majlis belum berakhir lagi. Kami diajak oleh Teoh dan Tony untuk makan dahulu sebelum ke acara cabutan bertuah. Setelah kami makan kami pun mendaftar nama.

Majlis dimulakan. Encik Salim agak terperanjat apabila namanya dipanggil oleh juruacara majlis.Beliau sendiri tidak menjangka akan mendapat sekeping perak pada petang itu. Beliau pulang ke rumah dengan penuh senyum.

Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment