Tuesday 11 March 2014

Anak Muda Yang Suka Berdikari

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan. Sewaktu menjalankan praktikum di bengkel kereta, anak muda ini tertarik dengan kerja pemasangan cermin kenderaan dan membaiki cermin yang retak.

Beliau bertekad untuk menjadikan kerja ini sebagai sumber pendapatan yang tetap. Ijazah kejuruteraan yang beliau miliki banyak membantu kerjaya beliau.

Selepas tamat pengajian dan mendapat segolong sarjana muda kejuruteraan, beliau tidak memilih untuk bekerja makan gaji.


Dengan modal yang ada beliau membuka bengkel membaiki cermin kereta dalam usia yang masih muda. Naim yang berusia 26 tahun sewaktu dia membuka bengkel di Alor Setol,Langgar,Alor Setar. Beliau sekarang sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik.







Selain daripada melakukan kerja membaiki dan menukar cermin kereta, beliau terlibat dengan kerja-kerja kebajikan untuk masyarkat. Beliau aktif dengan NGO seperti Aman Patani dan sebagainya.











Baru-baru ini beliau turut serta ke Patani untuk melihat dari dekat suka duka rakyat Patani di wilayah yang sering bergolak dan berduka.

Menurut Naim,beliau lebih selesa bekerja sendiri dan menjadi 'bos' sendiri.Keluarga beliau terutama ibu dan ayahnya menyokong penuh beliau membuka bengkel ini.

Lebih membanggakan lagi, syarikat beliau dipilih sebagai panel bengkel cermin kereta bagi Syarikat Takaful Ikhlas,Takaful Malaysia dan beberapa syarikat kenderaan lagi.


Oleh  Shakir Md Taha