Thursday, 26 July 2012

Cabutan Bertuah- T&T Gold And Silver Sdn. Bhd

Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa tahu. Begitulah keadaan Encik Salim Ismail seorang peniaga yang kini menetap di Kuala Lumpur telah berjaya dapat sekeping perak seberat 5 grm dalam cabutan bertuah di 'Majlis Ramah Mesra' bersama T&T Gold And Silver Sdn.Bhd.

Beliau agak terlambat sedikit ke majlis tersebut kerana terpaksa pergi ke IJN dahulu dan beberapa kali tersilap jalan untuk ke Kota Damansara.

Waktu kami sampai majlis belum berakhir lagi. Kami diajak oleh Teoh dan Tony untuk makan dahulu sebelum ke acara cabutan bertuah. Setelah kami makan kami pun mendaftar nama.

Majlis dimulakan. Encik Salim agak terperanjat apabila namanya dipanggil oleh juruacara majlis.Beliau sendiri tidak menjangka akan mendapat sekeping perak pada petang itu. Beliau pulang ke rumah dengan penuh senyum.

Oleh Shakir Taha

Chooya Anak Muda Khidmatnya Untuk Membangunkan Masyarakat


Namanya Zakaria. Tapi ditulis oleh pemerintah sebagai Sakariya Lohyapha. Tapi dia lebih dikenali dengan nama Chooya. Beliau seorang peniaga. Telah berkahwin dengan seorang siswi yang menuntut di universiti jiran tetangga,Indonesia.

Pagi sampai Chooya akan mengenalikan perniagaannya.Di sebelah petangnya dia meluangkan masa untuk kerja-kerja kebajikan.


Sebagai Presiden HAP, sebuah NGO yang pemantau hak-hak asasi manusia dan keadilan dalam masyarakat di Selatan Thailand. Di pejabatnya lengkap dengan internet,telefon dan komputer. Buku-buku tentang hak asasi disusun dengan rapi. Sayangnya kebanyakan buku-buku itu ditulis dalam bahasa Thai.


Pejabat 2 tingkat itu disewa dengan harga RM500.00 sebulan.Beliau mempunyai dua orang sukarelawan untuk membantu kerja-kerja.

Beliau lebih mahir bercakap dialek Kelantan/Patani. Jadi agak sukar sedikit bagi mereka yang tidak memahami dialek Kelantan/Patani.

Agak menarik bila saya masuk ke pejabatnya.Siap dengan carta organisasi dan rancangan tahunannya.Semuanya dipameran dipejabat.

Menurut Chooya, setiap bulan pasti ada program ziarah. Ziarah keluarga yang ditimpa musibah akibat konflik di Selatan Thai yang tidak kunjung padam.Memberi bantuan kepada anak yatim. Tidak ketinggalan juga sering dia mendengar rintihan orang yang kena tahan. Beliau akan membantu dengan kadar kemampuan yang terbatas.

Oleh Shakir Taha

Bertemu Ahli Lembaga Pengarah T&T Gold And Silver

Saya mengenalinya sebagai Mr.Teoh. Dia adalah ahli lembaga pengarah syarikat T&T Gold And Silver. Selepas keluar universiti beliau menjalankan perniagaan sendiri dan tidak pernah bekerja dengan kerajaan.

Katanya beliau lebih selesa bekerja sendiri. Perniagaannya mengalami pasangan surut. Namun beliau yakin bekerja sendiri lebih baik. Beliau mempunyai pengalaman dalam jual langsung,menjual dan mengedar kereta dan perniagaan emas dan perak.

Berdasarkan keyakinan yang penuh sungguh terhadap masa depan emas dan perak, beliau rakannya Mr.Tony telah membuka Syarikat T&T Gold And Silver. Syarikat mereka berada di Kota Damansara,Selangor Darul Ehsan.

Di sinilah letaknya pejabat T&T Gold And Silver.



Oleh Shakir  Taha

Wednesday, 25 July 2012

Kundasang Indah Permai


Kundasang tanahnya cukup subur.Cuacanya lebih sejuk daripada Cameron Highland.Udaranya cukup nyaman.Kepada usahawan yang berminat dalam bidang pertanian tempat ini cukup baik.

Di sini juga hotel dan chalet yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan.

Di sini terdapat banyak chalet yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Mungkin anda berminat menjadi rakan kongsi.Untuk sampai ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2jam perjalanan dari Kota Kinabalu dengan menaiki kereta.

Minyak Petrol Malaysia Di Kedai Runcit Yala,

Ini kedai runcit milek orang Melayu di Yala. Di kedainya ada dijual minyak pertrol yang khabarnya dibawa masuk dari Malaysia.

Sebotol minyak petrol kira-kira 1.5 liter dijual dengan harga 40.00 Baht,lebih kurang RM4.00. Ada yang dijual dengan harga 60.00 Baht. Minyak petrol di Selatan Thailand mahal







Kedai runcit di Yala,Selatan Thailand