Tuesday 5 April 2011

Sepagi Di Ladang Sinar Utara Agrofarm,Jeneri,Sik,Kedah

 Ladang ini bernama Sinar Utara Agrofarm.Ia adalah perniagaan keluarga. Dibangunkan oleh 4 orang anak muda.Azhan(gambar dikanan),Zaim,Khairah dan Azri. 

Azhan seorang jurutera yang meninggalkan jawatannya demi membangunkan perniagaan keluarga.Dia sanggup bekerja di bawah mentari panas dan bermandikan hujan tak kira pagi atau petang.Mereka sama-sama mengusahakan tanah yang seluas 6 ekar untuk menternak kambing jenis Shami, Boer,Jamnapari, Ferral dan Katjang.Kambing yang diladang dibekalkan untuk tujuan sembelihan.aqiqah  dan BBQ. Disamping membekalkan daging kambing,susu kambing segar juga disediakan.
Kambing berikan susu dan daging segar. Makanan kambing cukup dijaga supaya menghasil susu dan daging yang berkualiti.Rumput jenisNapier India dijadikan bahan makanan kambing. Untuk tujuan ini tanah seluas 1.5 ekar ditanam dengan rumput jenis ini. Pokok mulberry (gambar kanan) juga ditanam sebagai makanan sampingan untuk kambing. Dengan ini dapat mengurangkan kos belian makanan kambing.
Disamping itu juga SUA juga mengusahkan tananam cili secara fertigasi sebagai mempelbagai sumber pendapatan syarikat.Nenas,tebu dan jagung juga ditanam. Pagi itu saya dihidangkan dengan sebotol susu kambing segar dan segelas air tebu segar yang cukup manis. Oleh kerana air tebu itu terlalu manis saya tambahkan air sejuk untuk mengurangkan kemanisannya. Suatu pengalaman  yang cukup indah diladang yang tenang dan damai.

Sebelum melangkah pulang Saudara Azhan anak muda yang murah dengan senyuman itu, menghadiahkan saya  beberapa ketul sabun mandi yang bahannya dimasukan susu kambing dan enzim buah-buahan.
Saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Zaim,anak muda lulusan UniKL, yang begitu nekad meninggalkan jawatannya di PEWAJA untuk terjun ke industri pertanian dan berdikari


Oleh Shakir Md Taha

4 comments:

  1. Helo! Saya minat membeli daun mulbery untuk membuat teh herba. Sila bagi tahu harga dan quantity yang boleh dibekal. Tel saya 016-4147560.
    Terima kasih.

    Pat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pat.Sila hubungi Zaim no.0195167911.

    ReplyDelete
  3. Salam..Kami EM Solutions Ent adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh Dazzling Destiny untuk mempromosikan produk-produk keluaran MARDI bagi tujuan pertanian dan penternakan..Produk tersebut dinamakan sebagai GENKiMO..untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 019-2654129 ( wan ) untuk kawasan kedah dan perlis.

    ReplyDelete
  4. Wan,tolong emel kepada saya,golddinar55@gmail.com.Terima kasih sudi melawat blog ini.

    ReplyDelete