Monday, 11 April 2011
Thursday, 7 April 2011
Cookies And Biscuits From Southern Part of Malaysia
You need cookies and biscuits.
With premium quality.They are not imported.
Reasonable price.
We assured you the products are halal.
Manufacturer and producer:
Tuan Senawi Tuan Ngah Sdn. Bhd
Location:Muar,Johor Darul Takzin.
I met this young producer in Guar Cempedak. A tall and handsome guy.With smiling face. About 39 years old. Please talk to him about fishing. And you see the result! "Dunia Ana ya ampunya," He is from Trengganu. Married to a Johorian girl.

Tuesday, 5 April 2011
Sepagi Di Ladang Sinar Utara Agrofarm,Jeneri,Sik,Kedah
Ladang ini bernama Sinar Utara Agrofarm.Ia adalah perniagaan keluarga. Dibangunkan oleh 4 orang anak muda.Azhan(gambar dikanan),Zaim,Khairah dan Azri.
Azhan seorang jurutera yang meninggalkan jawatannya demi membangunkan perniagaan keluarga.Dia sanggup bekerja di bawah mentari panas dan bermandikan hujan tak kira pagi atau petang.Mereka sama-sama mengusahakan tanah yang seluas 6 ekar untuk menternak kambing jenis Shami, Boer,Jamnapari, Ferral dan Katjang.Kambing yang diladang dibekalkan untuk tujuan sembelihan.aqiqah dan BBQ. Disamping membekalkan daging kambing,susu kambing segar juga disediakan.
Kambing berikan susu dan daging segar. Makanan kambing cukup dijaga supaya menghasil susu dan daging yang berkualiti.Rumput jenisNapier India dijadikan bahan makanan kambing. Untuk tujuan ini tanah seluas 1.5 ekar ditanam dengan rumput jenis ini. Pokok mulberry (gambar kanan) juga ditanam sebagai makanan sampingan untuk kambing. Dengan ini dapat mengurangkan kos belian makanan kambing.Disamping itu juga SUA juga mengusahkan tananam cili secara fertigasi sebagai mempelbagai sumber pendapatan syarikat.Nenas,tebu dan jagung juga ditanam. Pagi itu saya dihidangkan dengan sebotol susu kambing segar dan segelas air tebu segar yang cukup manis. Oleh kerana air tebu itu terlalu manis saya tambahkan air sejuk untuk mengurangkan kemanisannya. Suatu pengalaman yang cukup indah diladang yang tenang dan damai.
Sebelum melangkah pulang Saudara Azhan anak muda yang murah dengan senyuman itu, menghadiahkan saya beberapa ketul sabun mandi yang bahannya dimasukan susu kambing dan enzim buah-buahan.
Saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Zaim,anak muda lulusan UniKL, yang begitu nekad meninggalkan jawatannya di PEWAJA untuk terjun ke industri pertanian dan berdikari
Oleh Shakir Md Taha
Oleh Shakir Md Taha
Sunday, 3 April 2011
Dari Seorang Penjual Buku Ke Usahawan Minyak Burung Unta
Minyak Zaiton Dara(Extra Virgin Olive Oil.Soft Gel)yang dikeluarkan oleh syarikat Tuan Shahrom.
Saya bertemu dengan beliau ketika berkursus di SIRIM,Shah Alam,Selangor. Orangnya berkulit sawo matang. Berbadan besar. Tingginya kira-kira 5 kaki 9 in.Kelihatan serious. Tapi bila kenal cukup peramah dan mudah berbicangan.
Aku tidak pernah mengenali beliau(Shahrom berbaju hitam kiri sekali) sebelum ini. Aku hanya mengenali produk beliau. Minyak Burung Unta yang botolnya berwarna hijau itu. Itu sahaja. Aku tidak pernah tahu dimana beliau tinggal. Aku hanya tahu menggunakan minyak burung unta keluaran syarikat beliau.
Menurut Tuan Shahrom atau nama penuhnya Mohd Shahrom Bin Shahidan, beliau memulakan perniagaan dengan menjual buku. Oleh kerana penjualan buku agak lembap beliau berfikir untuk bertukar arah. Beliau beralih ke industri pembuatan. Beliau mengusahakan minyak burung unta. Tidak ada manusia Melayu yang mengeluarkan produk seperti ini. Bermula dengan periuk kecil beliau memasak adunan minyak burung unta. Minyak ini dipasarkan. Hari demi hari produk ini mula dikenal orang. Semakin meniti dibibir mulut pengguna. Sambutan cukup menggalakkan.
Rumah di kampung yang ada diubahsuai untuk dijadikan kilang. Permintaan semakin bertambah.Beliau menambah produknya sehingga menjadi dua belas. Semua produknya dipasarkan atas nama "MS Worldwide Manufacturing(M) Sdn.Bhd yang beribu pejabat di Sri Iskandar,Perak Darul Ridzuan.
Perniagaannya semakin meningkat maju. Sambutan daripada pengguna,agen dan stokis cukup melegakan. Secara tiba-tiba beliau diserang penyakit ganjil. Beliau hampir-hampr mahu menjual kilangnya pada waktu. itu. Berkat bantuan ibu dan isterinya, beliau pulih seperti sedia kala dan dapat meneruskan perniagaan.
Saudara Shahrom memasarkan produknya menerusi agen dan stokis yang dilantik. Untuk memudahkan urusan perniagaan beliau hanya melantik seorang stokis untuk satu negeri. Lantikan untuk agen tidak terhad.Sehingga kini terdapat 5.000 agen yang berdaftar diseluruh negara.

Thursday, 31 March 2011
Usahawan Gigih- Mustafa Kamal
Beliau pernah bergiat dalam pendidikan suatu ketika dahulu. Usaha beliau cukup berjaya.Beliau mendirikan Pusat Tusyen. Sambutannya cukup hangat.Oleh kerana soal dasar yang ditetap oleh MARA beliau terpaksa keluar dari bangunan itu. Pusat tusyennya terpaksa ditutup.
Beliau tidak hilang perhitungan. Dengan sedikit modal yang ada ditangan,beliau memulakan perniagaan makan. Beliau mendirikan restoran makanan ala Thai. Sambutannya cukup memuaskan.Kedai terletak di Pokok Sena,kira-kira 8 kilometer daripada Pekan Kepala Batas yang berahli parlimenkan Pak Lah,mantan Perdana Malaysia.
Kedainya mempunyai identiti yang tersendiri. Di sudut,di dinding ada gambar P.Ramlee Ada seni kata lagi P.Ramlee terletak dimeja beliau. Sepanjang Anda makan di restoran ini,lagu-lagu P. Ramlee diputarkan tanpa henti.
Beliau juga menyimpan beberapa buah buku ilmiah tentang P.Ramlee.Mustafa Kamal pemilik restoran ini lebih dikenali dengan panggil 'Abang Mus'.
Mus aktif dalam kerja kebajikan masyarakat sampai sekarang.Beliau aktif dalam partai politik dan AJK Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir(KBSS)
Mus aktif dalam kerja kebajikan masyarakat sampai sekarang.Beliau aktif dalam partai politik dan AJK Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir(KBSS)
Subscribe to:
Posts (Atom)